Khamis, Ogos 13, 2015

Farid Kamil Sahkan Diana Danielle Hamil 5 Bulan



Setelah pelbagai spekulasi dan teka-teki yang timbul, akkhirnya pelakon dan pengarah terkenal Farid Kamil mengesahkan isterinya Diana Danielle kini  sudah hamil 5 bulan dan berada dalam keadaan sihat. Perkhabaran baik ini, Farid tidak berniat untuk merahsiakan cuma mengambil pendekatan tidak mahu digembar-gemburkan sehingga mengganggu keadaan isterinya. “Saya bukan ada niat untuk merahsiakan, saya lebih kepada diam-diam ubi berisi. Dah sampai masanya baru saya umumkan kepada semua termasuk media. “Anak saya Muhammad antara yang paling gembira sekali apabila dia dapat tahu yang dia akan dapat adik. “Dia selalu cium-cium perut ibunya sambil menyebut ‘nak kiss baby’. Untuk diri saya pula, syukur Alhamdulilah, keluarga saya semakin membesar dan soal baby lelaki atau perempuan saya serah kepada Allah. “Saya dan Diana memang mengambil keputusan tidak akan membuat sesi imbasan bayi (scan) untuk mengetahui apakah jantinanya,” seloroh Farid sambil tersenyum kepada portal Murai.com.my


2 Komentar

Write Komentar
13/8/15 10:06 PG delete

5 bulan ker 5 minggu yang?

Reply
avatar
13/8/15 12:53 PTG delete

@Jueliza Jamani Kalau ikut artikel tu 5 bulan, by the way baby bumbp dia pon dah nampak, kalau 5 minggu for sure tak nampak apa2 lagi kan :)

Reply
avatar