Selasa, Ogos 11, 2015

Farah Mendoza Mengaku Digoda Di WeChat; Fizz Fairuz Nafi, Almy Nadia Hanya Gelak!



Tidak bersembunyi setelah dirinya dikaitkan dengan isu cuba menggoda gadis muda melalui applikasi WeChat, Fizz Fairuz menafikan perkara tersebut selain turut menjelaskan bahawa akaun tersebut bukanlah miliknya.



Sementara itu, Almy Nadia turut menyatakan bahawa dia tergelak apabila mengetahui tentang perkara tersebut selain meminta agar orang ramai tidak terus meletakkan sebarang kesimpulan kerana kepesatan dunia teknologi ketika ini boleh digunakan untuk menjatuhkan maruah individu dengan senang.



Nampaknya kini episod penafian daripada Fizz Fairuz telah dijawab pula dengan pengakuan pelakon baru, Farah Mendoza bahawa pelakon lelaki tersebut telah mengganggunya dan tindakannya menaikkan perbualan mereka di WeChat hanyalah untuk menyedarkan Fizz.



Mengakui kali pertama berjumpa Fizz ketika menemani Emma Maembong penggambaran drama bersama Micheal Ang, Fara juga dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia juga pelik bagaimana pelakon lelaki itu dapat menghubunginya melalui akaun WeChat. “Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi,” katanya.