Jumaat, Ogos 21, 2015

Faizal Hussein Diminta Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir



Pelakon Faizal Hussein terpaksa mengelak daripada ditemuramah media berkenaan video lakonannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam filem Kapsul  adalah disebabkan perjanjian dengan beberapa pihak.Faizal, 47, berkata, dia telah diminta oleh pihak produksi agar tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan babak tersebut kepada media sebulan sebelum tarikh tayangan."Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka mahu."Bukan media tempatan sahaja, malah dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara lagi. Pihak produksi dan badan yang bertanggungjawab membawa Tun tidak benarkan saya keluar kenyataan sebelum 17 Ogos," ujarnya kepada mStar Online.