Selasa, Ogos 04, 2015

Erra Fazira Balas Reaksi Shahir




"Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat," demikian reaksi pantas Erra Fazira mengenai cakap-cakap bahawa kedua-dua mereka didakwa menjalin hubungan. Pendedahan Shahir Zawawi, penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia ke-8 (AF-8) dalam BH Plus hari ini mengesahkan dia dan Erra rapat, sekali gus mengesahkan gosip yang pernah bertebaran sebelum ini mengenai hubungan antara mereka. Malah ia juga secara langsung memberi penunjuk bahawa 'jejaka misteri' yang pernah dimaksudkan Erra sejak November tahun lalu adalah Shahir. ""Saya tak nafikan pengakuan Shahir yang kami rapat.. tapi cukuplah setakat itu dulu. Tidak ada apa apa perkembangan yang nak diceritakan pun," kata Erra ringkas. - BH