Ahad, Ogos 09, 2015

Emma Maembong Bengang; Tempelak Zizan Playboy & Mahu Buka Cerita Sebenar?


Hari ini industri hiburan dikejutkan dengan kata-kata daripada Emma Maembong yang jelas ditujukan kepada Zizan. - BN


Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya. 
Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama. Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini. 
Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri.


2 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
10/8/15 8:36 PG delete

Buat Cik Emma.... mohon tingkatkan kesabaran. Umpama menimba air lautan, takkan keringnya ia. Begitulah bertelagah Cik dan 'dia'

:-) Yang benarnya, 'dia' yang kegelisahan melihat ketenangan dan kegembiraan Cik. Ada baiknya Cik terus jalani hidup dan menetapkan jaya mahu Cik. Abaikan sahaja 'dia' jika benar 'dia' tidak lagi di hati Cik. Mohon agar DIA kurniakan yang seperlunya untuk Cik. ALL THE BEST!

~ Pemerhati Cinta~

Reply
avatar
10/8/15 4:39 PTG delete

masing2 ada kehidupan sendiri.. sepatutnya masing2 tutup mulut pada cerita lama-

Reply
avatar