Ahad, Ogos 09, 2015

Dua Bulan Bercerai; Raja Farah Selamat Bertunang Hari Ini!



Pelakon Raja Farah, 27, selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 33 tahun di kediaman keluarganya di sini, tengah hari tadi.Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz mengesahkan perkara terbabit ketika ditemui pada sesi sidang media sebentar tadi."Alhamdulillah, majlis pertunangan tengah hari tadi berjalan lancar. Buat masa sekarang, saya perlu merahsiakan terlebih dahulu identiti bakal suami atas persetujuan kedua belah pihak."Cukup untuk saya katakan, dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan," katanya.Memperkenalkan bakal suami sebagai II, Raja Farah juga merahsiakan tempoh bertunang dan tarikh pernikahan."Saya boleh katakan majlis nikah dalam tahun ini juga dan persandingan akan diadakan di sebuah hotel Ampang," katanya.Sebelum ini, Raja Farah pernah mendirikan rumah tangga selama lima tahun sebelum bercerai pada 25 Mei lalu. - Metro