Selasa, Ogos 25, 2015

Doktor Selfie Sehingga Menampakkan Kemaluan Wanita Posisi Bersalin Disiasat!



Jabatan Kesihatan negeri sedang menyiasat aduan mengenai seorang doktor yang didakwa berselfie bersama seorang pesakit dalam posisi bersalin sehingga menampakkan alat kemaluan wanita tersebut dan menjadi viral di laman media sosial.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata jabatan itu sudah memulakan siasatan berhubung perkara tersebut."Kami sudah mengenal pasti doktor dan hospital terbabit. Siasatan sedang dijalankan dan kami akan memutuskan tindakan yang akan diambil selepas ini," katanya kepada The Star.Beliau mengingatkan pengamal perubatan supaya tidak menyalahgunakan teknologi semasa menjalankan profesionalisme mereka.Doktor tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dikritik di atas tindakannya yang tidak menghormati privasi pesakit.Difahamkan doktor tersebut berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital berdekatan Taman Mount Austin di sini sejak tiga tahun lalu.Dia terkenal dengan sikap suka berselfie ketika sedang bekerja di dewan bedah. - mstar


2 Komentar

Write Komentar
25/8/15 9:22 PG delete

yg ni bengong nama nyeeee

Reply
avatar
eita
AUTHOR
25/8/15 9:56 PG delete

macam2 perangai...sian pesakit kalau semua doktor perangai macam ni..nak berslfie pun biarlah kena pada tempat dia..

Reply
avatar