Khamis, Ogos 06, 2015

"Dedah Penderma RM2.6 Billion Dalam Akaun Najib" - Mohd Sany Hamzan


Gerakan Anakmuda Harapan Baru menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap wang berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa berada di dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Penyelarasnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ia susulan kenyataan yang dibuat oleh suruhanjaya itu menyatakan wang yang ada di dalam akaun Perdana Menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya daripada syarikat pembangunan strategik, 1Malaysian Development Berhad (1MDB).“Apabila kami mendengar kenyataan tersebut, pelbagai persoalan yang timbul, bukan sahaja daripada kami. Malah, rakyat juga berfikiran perkara sama,” katanya ketika ditemui bagi menyerahkan memorandum kepada SPRM di ibu pejabat agensi itu, di sini, semalam.



Menurut beliau, antara persoalan yang ditimbulkan ialah siapa penderma tersebut dan apakah hubungan penderma itu dengan Perdana Menteri.“Kami menggesa SPRM untuk mendedahkan siapakah individu yang mendermakan wang sejumlah itu kepada Perdana Menteri,” katanya.Menurutnya, derma juga adalah satu perbuatan rasuah sepertimana yang didefinisikan sebagai suapan seperti yang terkandung di dalam Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - Sinar