Khamis, Ogos 20, 2015

Cristina Suzanne Tidak Tertekan Cari Pengganti Selepas Putus Tunang



Pelakon Cristina Suzanne tidak tertekan untuk mencari pengganti selepas putus tunang dengan seorang ahli perniagaan hampir dua tahun lalu.Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 30, berkata, buat masa ini dia lebih selesa dengan kehidupan solo selain memberi fokus kepada karierlakonannya."Tipulah kalau saya kata tidak sunyi tetapi buat masa ini saya memang tidak mencari pengganti kerana lebih selesa dengan kehidupan solo."Saya juga bertuah kerana sejak dulu saya memang seorang yang berdikari jadi tiada teman lelaki untuk bergantung bukan suatu masalah," katanya kepada mStar Online.