Isnin, Ogos 24, 2015

Cinta Tak Semestinya Dimiliki; Nora Danish & Nedim Nazri Sah Putus!



Desas-desus tentang sejauh mana status terkini perhubungan antara janda hot Malaya, dan duda hot dalam kalangan anak menteri terjawab apabila hari ini pelakon Nora Danish membongkar status sebenar hubungannya bersama Nedim Nazri. Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.


"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," katanya memetik laporan mStar Online.

Status hubungan mereka berdua mula menjadi tanda tanya peminat apabila Nora Danish dan Nedim langsung tidak memuat naik gambar masing-masing sejak beberapa minggu lalu. Nora bagaimanapun tidak menjelaskan punca perpisahan antara mereka berdua.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya. 


Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.