Khamis, Ogos 13, 2015

Buku "Dosa-Dosa Mahathir" Dilancar di Janda Baik




Sebuah buku yang bertajuk "Dosa-Dosa Mahathir" yang berkisar mengenai kegagalan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamand sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri. Buku itu ditulis oleh penulis politik veteran, Syed Hussein Alattas dan akan dilancarkan di kediamannya di Janda Baik Pahang hari ini. "Ini saya punya kerja. Kita ini penulis, kita dokumenkan apa yang berlaku. Mahathir ini dia jadi perdana menteri selama 22 tahun dan dia gagal. "Tiba-tiba sekarang ini dia mengigau. Dah nyanyuk kot," katanya memetik laporan MalaysiaKini. Ketika ditanya sama ada buku tersebut sebagai satu tanda sokongan kepada Datuk Seri Najib, Syed Hussein berkata dia sebagai penulis tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri itu. Kata Syed Hussin lagi, beliau hanya merekodkan segala yang terjadi sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Pada zaman pemerintahan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, sebuah buku yang bertajuk "50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM" pernah dikeluarkan sehingga menyebabkan reputasi Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri jatuh. - Siakapkeli