Jumaat, Ogos 07, 2015

Beto Kusyairi Tak Sengaja Cederakan Dahi Remy Ishak



Berlakon dalam filem mengaitkan pengorbanan perajurit negara yang pernah menjaga negara amatlah dinantikan ramai pelakon.Justeru itu, dengan skrip yang tersedia berjudul Bravo 5, beraspirasikan kisah sebenar lima komando negara, terbitan KaryaPrima Production, lima pelakon telah terpilih menjayakan watak tersebut.Salah seorangnya adalah pelakon yang kini mula berkembang dalam dunia lakonan, iaitu Beto Kusyairy.Empat lagi pelakon yang menjayakan watak empat komando itu ialah Remy Ishak (Leftenan Azri), Shashi Tharan (Korporal Morgan), Xiaviar Fong (Korporal Ah Chia) dan Frank Peterson (Sarjan Unya). Paling tidak dapat dilupakan sepanjang berlakon dalam filem itu kata Beto, apabila dalam satu babak, muncung senapang yang dipegangnya mengenai dahi Remy Ishak sehingga luka dan memerlukan beberapa jahitan.“Saya memang rasa bersalah dengan Remy apabila perkara itu berlaku, walaupun ia bukan disengajakan dan dia faham, tetapi rasa bersalah itu tetap saya rasai. “Alhamdulillah juga, kesan lukan pada dahi Remy sudah tidak kelihatan apabila dia menggunakan benang halus agar tidak kelihatan kesan jahitan itu,” katanya. - Sinar
   
   

1 Komentar:

Write Komentar
MILx HASHIM
AUTHOR
7/8/15 5:32 PTG delete

MACAM2 RAGAM...

http://jmbelog.blogspot.com/

Reply
avatar