Khamis, Ogos 27, 2015

Beruk Dibaling Mercun: 'Di Mana Nilai Kemanusiaan?'



Ada akal, tapi letak bawah kaki. Siapa yang buat macam ni, tunggulah balasan! Tangan korang kena kepit dengan pintu, tersimbah air panas, atau dilenyek treler, baru kepala otak tu nak berakal sikit. Manusia bodoh!!! Muz tengah marah ni!!! Grrrrr............!!!
Sekeping gambar seekor beruk dengan tangannya berdarah mendapat perhatian warga media sosial. Gambar itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shah Mikail. Namun, tidak dapat dipastikan di mana dan bila gambar tersebut diambil.Dalam status yang dimuat naik bersama gambar berkenaan, Shah Mikail memberitahu beruk berkenaan mengambil mercun bola yang dibaling kerana menyangkakan ia makanan. Mercun itu kemudiannya meletup di tangannya. Foto tersebut mengundang kemarahan netizen yang sedih dan kesal dengan sikap segelintir golongan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan. Tidak kurang juga mahu agar perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. - Awani


1 Komentar:

Write Komentar
27/8/15 3:58 PTG delete

sedihnya.... ya allah...

Reply
avatar