Jumaat, Ogos 07, 2015

Belum Tahu Jantina Anak; Berat Yusry Naik Kerana Lisa!




Di temui di majlis rumah terbuka KRU, suami kepada Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim sempat berkongsi mengenai perkembangan terkini isterinya yang sedang sarat."Bayangkan, Lisa yang hamil, saya yang naik berat badan. Saya naik lebih kurang enam kilogram dan ia sesuatu yang di luar jangkaan saya," katanya. Bercerita mengenai jantina anak yang bakal lahir, kata Yusry mereka masih belum mengetahuinya. "Sebenarnya bukan kami mahu berahsia, tetapi doktor yang merawat Lisa pun tidak dapat mengesahkannya lagi. "Apa pun, kami tidak kisah sangat, yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat sudah cukup. "Buat masa sekarang kami masih menunggu dan kalau tahu pun nanti, mungkin kami akan rahsiakan sehingga dia lahir," katanya. - Sinar