Isnin, Ogos 03, 2015

“Bawak-Bawaklah Insaf, Hidup Di Dunia Tak Lama” , Ustaz Kazim Elias Tegur Datuk Seri Azalina



Kata-kata Datuk Seri Azalina Othman yang meminta LPF untuk tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula peraturan menghalang drama/filem Melayu memaparkan aksi berpelukan, berpegangan tangan dan ranjang telah pun mendapat reaksi yang negatif daripada rakyat Malaysia.  Ramai yang kecewa apabila seorang menteri yang beragama Islam seolah-olah menggalakkan maksiat berleluasa di Malaysia. Walaupun ia sekadar lakonan, arahan LPF seharusnya dipuji dan disambut baik oleh semua pihak. Pendapat Datuk Seri Azalina Othman ini turut sama membangkitkan Ustaz Kazim Elias daripada ‘tidur’. Setelah sekian lama tidak berkongsi sebarang status di Facebook, Ustaz Kazim telah tampil dan memberikan teguran yang amat padu, jitu dan pedas kepada Azalina. - BN



1 Komentar:

Write Komentar
Normi Nieza
AUTHOR
3/8/15 12:29 PTG delete

menteri yg telah di reject tiba2 di ambil balik..begitulah jadinya.memang xsuka gaya Dato Azalina sebagi menteri.huhu

Reply
avatar