Selasa, Ogos 04, 2015

Baik Dengan Bekas Suami Bukan Petanda Izreen Azminda Rujuk Kembali



Menerusi laporan Berita Harian, Izreen Azminda menjelaskan bahawa hubungan baik di antara dia dan juga bekas suami, Riza Baharuddin tidak mungkin membuatkan mereka kembali merujuk kerana dia lebih selesa menganggap Riza sebagai kawan.“Memang kami tidak bermusuh atau menjadikan alasan perceraian itu untuk berenggang. Mungkin ketika awalan perceraian kami terjadi, keadaan masih tegang dan semua itu baharu terjadi…lalu baik saya dan dia masing-masing mempunyai ego tersendiri” “Ikutkan dua bulan selepas kami bercerai, kata sepakat sudah diperoleh untuk kami berbaik. Sebaiknya kami memilih jalan selamat dan positif. Ia untuk kepentingan anak kami juga. Saya sendiri maklumkan kepadanya, bergaduh lama pun tiada guna kerana mahu atau tidak kami perlu berurusan juga kerana nak berjumpa anak,” katanya yang ditemui di majlis akikah anaknya yang diadakan semalam. - Rotikaya

1 Komentar:

Write Komentar
4/8/15 12:58 PTG delete

Suka tengok telatah Izreen time berlakon.. comel je bila dia kalut2..

Reply
avatar