Khamis, Ogos 20, 2015

Ayu Raudhah Tak Sangka Tercalon FFM 27 Lepas Berhenti Berlakon



Pelakon Ayu Raudhah terkejut apabila dimaklumkan namanya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah pada Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27).Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 31, berkata, ia merupakan pencalonan pertama sejak enam tahun berada dalam industri hiburan tanah air."Sudah tentu terkejut apabila mereka beritahu saya tercalon kerana rezeki ini datang ketika saya hampir dua tahun tidak berlakon, ditambah pula trofi FFM yang sememangnya menjadi rebutan setiap anak seni."Perasaan teruja dan sedikit sebanyak menimbulkan rasa rindu pada dunia lakonan," ujarnya kepada mStar Online.