Tidak mahu mendedahkan punca sebenar mereka putus cinta, Anis Al Idrus
mengakui perpisahan dengan Sharnaaz Ahmad merupakan jalan terbaik buat pasangan ini selain
redha dengan perkara tersebut demi kelangsungan masa depan
masing-masing. “Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan
lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami. Bukan senang
juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah
memikirkannya secara mendalam” “Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana
sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah
pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami,” ujarnya
kepada mStar Online.