Selasa, Ogos 04, 2015

Anggota Polis Beristeri Dua Dipenjara Sehari, Denda RM20,000



Seorang anggota polis dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 di Mahkamah Khas Rasuah Ipoh, hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah sebanyak RM4,000 pada 2014. Konstabel Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 27, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim, Kedah, mengaku bersalah menerima secara rasuah suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM4,000 daripada Lam Naing Hung, pada jam 2.40 petang di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya, di sini pada 31 Ogos 2014.Suapan terbabit adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar kerana tidak mempunyai kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).Hakim Rihaidah Rafie menjatuhkan hukuman terbabit selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh serta rayuannya yang meminta meringankan hukuman kerana perlu menanggung dua isteri yang kedua-duanya sedang sarat mengandung ketika ini. - HM