Rabu, Ogos 12, 2015

Anak OKU Eh? Lain Kali Jangan Bawa Sini! – Luahan Sayu Wanita Ini Diherdik Kerana Kelakuan Anak Istimewanya



Masyarakat perlu faham dan sedar. Sebab itu Muz selalu kongsi dengan student, sebelum kita cakap, buat, tulis dan apa sahaja sekalipun yang kita nak lakukan, cuba letakkan diri kita di tempat orang yang bakal dapat tempias atas perbuatan kita itu, kita suka atau tidak? Jika kita tak suka orang buat kita, jangan buat benda yang sama dekat orang lain. Konsep yang mudah tetapi jika diamalkan, satu dunia akan aman!


"Petang tadi dia buat hal dekat Taman Adda Height. Tengah sibuk bagi makan ikan dekat kolan tiba-tiba ada budak perempuan menangis atas dukungan emak dia. Tiba-tiba, Is terus buka dan ambil kasut budak tu dan campak ke dalam kolam sambil tergelak-gelak. Tergamam sekejab. Rasa nak terjun dalam kolam ambil kasut tu balik, tapi tak mampu. Saya cuba minta maaf beribu kali dekat mak budak tu sambil menjelaskan yang Is ni OKU. Seluk poket hanya ada RM10 dengan niat nak menggantikan dan terus hulur kepadanya. Dia jawab, ingat kasut ni harga RM10? Anak OKU, eh?  Lain kali jangan bawa sini! Berani campak barang orang. Satu masa nanti anak orang pun dia boleh campak. Kemudian anak bujang kakak tu pun sound bali, makcik lain kali jangan bawa dia dekat sini, duduk rumah saja. Masa tu juga dah berjuraian air mata. Nauzubillah, mudah-mudahan itu bukan doa. Minta dijauhkan. Tak tahu nak cakap apa dah. Nak marah Is bukan dia faham pun, sebab Mama saja yang faham apa yang dia buat itu adalah gurauan  cara dia. Tapi memang salah pun.. Apa lagi nak buat? Nangis saja yang mampu lepas macam-macam perkara yang dia buat hari ni...