Khamis, Ogos 20, 2015

Aeril Zafrel, Nabila Huda Dalam Drama Siri Akulah Balqis; Akasia TV3



Jarang tengok drama, atau filem di negara kita yang mengangkat pelakon cilik sebagai heroin, kalau telefilem memang biasa ada. Terbaharu drama siri untuk slot Akasia dengan judul Akulah Balqis sedang menjalani penggambaran menampilkan Putri Balqis sebagai teraju utama. Turut berlakon drama ini ialah Aeril Zafrel dan Nabila Huda. Drama Akulah Balqis... ini dijadualkan tayangannya dalam Slot Akasia, TV3 pada Disember nanti. Sama-sama kita nantikan...