Sabtu, Ogos 29, 2015

Adi Putra Kesal Laporan Palsu Hidap Kanser



Adi Putra terkejut khabar angin yang didedahkan oleh beberapa blog kononnya dia ditahan di hospital akibat penyakit kanser sehingga berita itu menjadi viral di laman sosial.Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 34, berkata, laporan tersebut tidak sepatutnya dipaparkan sedemikian semata-mata mahu mendapatkan rating tinggi sedangkan dia masih sihat daripada sebarang penyakit."Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog."Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti."Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.