Jumaat, Ogos 28, 2015

7 Kelebihan Skrin Besar Samsung Galaxy Note 5, S6 Edge+


SAMSUNG Malaysia Electronics bakal melancarkan dua telefon pintar terbarunya, Samsung Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 edge+ minggu depan bagi pasaran negara ini. Syarikat itu memberi tujuh alasan mengapa telefon pintar dengan skrin besar adalah peranti yang lebih baik untuk pengguna. 


  1. Pertama, dari segi merakam gambar, walaupun skrin besar tidak semestinya meningkatkan kualiti kamera telefon, ia membantu anda mengambil gambar lebih baik, termasuk ada ketika 'selfie'. 
  2. Alasan kedua, tiada media lain merakamkan detik berharga kehidupan yang lebih baik dan merakam video adalah lebih mudah dengan skrin lebih besar sama seperti gambar. Ia juga membuatkan penyuntingan lebih mudah, bermakna sesiapa saja boleh merakamkan dan menyunting video dengan lebih baik untuk dikongsikan. 
  3. Ketiga, sama ada anda melayari laman web atau melihat e-book, skrin besar adalah lebih baik untuk beberapa sebab dengan boleh melihat lebih banyak kandungan berikutan pandangan luas dan kurang penatalan (scrolling) apabila membaca artikel panjang. Pengguna juga boleh membahagikan paparan skrin kepada dua, sekali gus membolehkan pelbagai aplikasi diakses sebelah menyebelah serentak dan meningkatkan produktiviti. Anda boleh menikmati filem kesukaan atau novel tanpa gangguan ketika anda memeriksa mesej penting daripada rakan, selain mengurangkan ketegangan mata yang mana memberi pengalaman lebih selesa. 
  4. Keempat, skrin besar membolehkan menghantar e-mel dan teks mesej dengan mudah dan berkesan, kesilapan menaip serta memilih emotikon yang sesuai. 
  5. Bagi alasan kelima, Samsung menyatakan telefon pintar dengan skrin besar yang dilengkapi dengan pen Galaxy Note adalah sangat berguna ketika menulis memo atau melukis gambar rajah, mencatatkan sebarang idea dalam mesyuarat atau persembahan untuk dikongsi dengan rakan, selain meningkatkan kerjasama dalam perniagaan. 
  6. Keenam, paparan lebih besar dan jelas membolehkan anda menghayati semua aksi filem kegemaran yang mana ia adalah penting ketika anda keluar tanpa mempunyai akses kepada televisyen. 
  7. Terakhir, permainan dalam telefon pintar kelihatan lebih jelas dan realistik, butang permainan dan kawalan adalah lebih besar, sekali gus mudah ditekan.
-BH-