Jumaat, Ogos 28, 2015

[7 Gambar] HS NADA Tampilkan Pakej Memasak Menarik



Berkerjaya? Tak ada masa nak masak? Penat, letih... Terkejar dengan kerja-kerja mengemas rumah, dan anak-anak, dengan nak layan suami, sampai tak cukup masa nak masak? Lapar tapi malas nak keluar beli makan di luar? Nah, senang sangat. Kawan FB Muz yang share. Pergi kedai yang diusahakan oleh orang Islam ni di Selayang. Menarik set masakan yang dijual. Siap dah dibersih, disiang dan ditampilkan dengan set yang lengkap. Cuma tambah minyak atau santan senada dengan masakan, letak atas api dalam periuk sekejap, dah masak! Hah, ni dia beberapa gambar yang dikongsikan. Katanya lagi harga pun murah, untuk 6 set hidangan utama dan 6 set sayur baru RM70++.  Antara yang dibelinya ialah ikan patin tempoyak, gulai lemak ayam, gulai lemak daging, asam pedas, lala masak lemak, kerang rebus, dan banyak lagi. Semuanya bersih dan siap untuk dimasak!


Bagi yang berminat bolehlahlah cari kedai ini di Selayang, beralamat HS NADA, No 2, Wisma Nada, Jalan 11 B, Selayang Baru, 68100, Batu Caves, Selangor. Kalau nak mudah, land mark nak carinya ialah Balai Polis Selayang, berdekatan katanya, kedai tepi jalan! Cuba waze atau google map eh! Muz jauh, update sekadar nak memberi info saja! Selamat memasak!



1 Komentar:

Write Komentar
28/8/15 10:51 PG delete

waa, ada jual cmni eh. macam first time baru nmpk. ahah

Reply
avatar