Selasa, Ogos 18, 2015

[4 Gambar] Panas! Kerana Terpaksa, Nazrief Nazri Jadi Model Seluar Dalam!



Seorang pelakon baharu dalam industri seni tanah air, Nazrief Nazri mengejutkan ramai apabila beberapa keping fotonya yang tampil hanya berseluar dalam tersebar menerusi media sosial.Tak lama selepas ia menjadi isu panas, Nazrief tampil membuat penjelasan sendiri berhubung isu tersebut lantas mengakui kesilapannya. Pemilik nama penuh Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 24, berkata, dia terpaksa melakukan peragaan tersebut kerana tidak mahu merosakkan majlis yang sedang berlangsung.


Bercakap kepada portal MStar, Nazrief berkata, “Sejujurnya, saya mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar saya sekitar tiga tahun lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang seni.
“Saya menaiki bas dari Lumut ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menerima tawaran itu dan setibanya di lokasi, saya sangat terkejut apabila pihak pengurusan acara mahu saya menggayakan koleksi pakaian dalam lelaki. “Dalam waktu sama, saya tidak mahu merosakkan majlis itu dan bertekad ini adalah acara pertama dan terakhir yang saya lakukan.”


Saya akui ketika itu masih mentah dan tidak tahu selok belok dalam industri sehingga menuruti sahaja permintaan mereka biarpun berasa sangat tidak berpuas hati. “Ia juga peringatan kepada bakat-bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam bidang seni supaya meneliti sebarang tawaran di mana tidak bercanggah dengan sensitiviti orang Timur dan masyarakat di Malaysia serta agama Islam khususnya.” Dalam pada itu, dia turut meminta agar peminat tidak menghukumnya atas isu tersebut dan memberi peluang supaya dia dapat membuktikan bakatnya sebagai aktor.


4 Komentar

Write Komentar
18/8/15 7:33 PTG delete

kisah lama....ingat isu baru.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24/8/15 4:54 PTG delete

Macam majlis pelik je..Ke majlis gay ni?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
21/10/15 2:15 PG delete

Penonton laki jambu2. Macam majlis Gay je. Lu Gay erk. haha

Reply
avatar
21/10/15 9:01 PTG delete

Huhuhu, mamat tu straight je rasanya, tapi jenama underwear tu mmg skop dia utk gay, so no wonder lah kalau yg pergi tengok tu gay juga... Huhu

Reply
avatar