Sabtu, Ogos 08, 2015

[14 Gambar] Angin Kencang & Ribut Landa Negeri Pulau Pinang



Allahuakbar. Allah Maha Besar. Tidak ada yang mustahil baginya. Kepada Dialah juga kita berlindung daripada setiap sesuatu yang membawa bencana dan mudarat. Sekitar pukul 5 petang tadi angin yang melanda negeri Pulau Pinang sepertinya bukan angin biasa. Bunyinya menderu bagaikan ngauman singa. Kencangnya hebat persis ribut yang meronta hebat. Langit yang cerah bertukar kelabu kelam sebelum gelita sekelip mata. Amukan angin menerbangkan tin-tin yang menjadi alas bumbung rumah kampung. Pelepah kelapa gugur menghempap bumi.  Semua ini Muz saksikan sendiri lewat jendela yang terbuka dari dalam rumah. Rasa remang roma tak perlu cerita. Terdetik seketika dalam hati, kalau beginilah rupa angin yang murka, apatah lagi saat kiamat menjemput bumi, Allahuakbar!


Seketika tadi menjenguk Penangkini, dikhabarkan terdapat lebih 22 kawasan yang dikatakan mengalami kejadian pokok tumbang. Kerosakan pada rumah dan bangunan dan harta benda seperti kenderaan juga dicatatkan dalam kejadian angin kencang yang melanda hampir kesemua kawasan di negeri Pulau Pinang. Berikut Muz kongsikan gambar-gambar dari Penangkini...














1 Komentar:

Write Komentar
Yuliana Wahit
AUTHOR
9/8/15 1:33 PG delete

Ya Allah kesiannya.. Semoga dipermudahkan segala urusan diorng.

Reply
avatar