Khamis, Julai 16, 2015

Zul Ariffin Tak Buat 'Open House' Sebab Rumah Kecil



Pelakon Zul Ariffin tidak merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada Hari Raya Aidilfitri berikutan keadaan rumah kediaman keluarganya di Taiping, Perak terlalu kecil. Zul berkata, rumah teres tersebut hanya mampu memuatkan dua buah keluarga yang mana tidak selesa untuk menjemput orang ramai atau peminatnya datang beraya. "Saya tidak ada merancang untuk buat rumah terbuka di rumah saya kerana keadaan rumah saya kecil dan biasanya bila dua buah kerata datang sahaja sudah tidak ada tempat nak duduk. "Kalau ingin mendirikan khemah pun agak sukar kerana laluan tersebut kecil dan boleh mengakibatkan kesesakan di kawasan tersebut," ujarnya kepada mStar Online.