Khamis, Julai 02, 2015

Zain Saidin Perlu Dibedah Segera; Hasrat Che Ta Raya Sakan Terbantut!



Hasrat pelakon jelita, Rozita Che Wan, 43, untuk beraya ‘sakan’ terjejas apabila suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, 31, terpaksa menjalani pembedahan lutut Isnin lalu akibat cedera selepas bermain futsal. Zain dimasukkan ke pusat perubatan swasta, di sini, Jumaat lalu selepas mengadu lutut kirinya semakin sakit sejak bermain futsal beberapa hari sebelum Ramadan lalu. Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ligamen lutut kirinya terkoyak dan perlu menjalani pembedahan segera. Disebabkan itu, Zain perlu bertongkat selama lebih sebulan selain dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan.Rozita ketika dihubungi mengakui persiapan Aidilfitri mereka sedikit terganggu dengan kecederaan yang menimpa suaminya itu.“Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti,” katanya.


1 Komentar:

Write Komentar
MamaBard
AUTHOR
2/7/15 10:24 PTG delete

alahai kesiannya kat diorang...lama juga tu si zain kena berehat..

Reply
avatar