
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak memberi peringatan supaya
semua pihak memelihara dan melindungi institusi walaupun negara melalui
pergolakan politik. "Melalui pergolakan politik ini, kita mesti memelihara dan melindungi
integriti institusi kita atau kita akan menghadapi perebutan takhta,"
kata Nazir yang juga merupakan adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak. Melalui laman Instagram beliau, @nazir.razak, beliau memuatnaik poster
siri drama popular Game of Thrones yang menampil karakter Eddard Stark. "Anda menang atau anda mati (dalam perebutan takhta)," tertulis di poster tersebut. Dalam siri tersebut, Eddard Stark yang merupakan seorang raja maut
dipancung selepas cuba membongkar kebenaran mengenai skandal yang
berlaku di alam fiksyen, Westeros. - Sinar