Jumaat, Julai 24, 2015

Wawa Zainal Tak Puasa Penuh; Batal Rancangan Raya Di Sabah




Beralih cerita pada Wawa Zainal, wanita itu dengan jujur memberitahu sepanjang Ramadan lalu dia tidak dapat berpuasa penuh kerana sarat mengandung. Pelakon berusia 24 tahun kelahiran Lahad Datu, Sabah itu dijangka melahirkan anak perempuan pada 25 Ogos nanti. Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan raya, kata artis yang pernah bernaung bawah pengurusan MIG itu, sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga tidak sekali pun dia berpeluang meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga dan sanak saudara di Sabah. “Kalau ikut perancangan, tahun ini kami sepatutnya beraya di Sabah, namun disebabkan saya sudah sarat maka perancangan itu terpaksa dibatalkan. Mungkin Aidilfitri tahun hadapan baru kami dapat beraya di sana. “Bukan sengaja tidak mahu pulang tetapi ada saja kekangan yang menyebabkan kami terpaksa menyambut hari raya di Johor. Bagaimanapun, ibu bapa dan adik akan datang ke sini menyambut Aidilfitri bersama keluarga mertua di Johor,” katanya. - HM


1 Komentar:

Write Komentar
Khalid Kyle
AUTHOR
24/7/15 2:33 PTG delete

Just wondering.. ade ke perempuan muda cukup umur yg puasa penuh lol, btw Selamat Hari Raya buat tuan blog sekeluarga :)

Reply
avatar