Isnin, Julai 13, 2015

Wawa Zainal 4 Tahun Tak Pernah Balik Raya!



Wawa Zainal mengakui tidak pernah balik beraya di Sabah pada hari pertama raya kerana sering beraya di kampung suami. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Wawa Zainal berkata tahun ini juga beliau terpaksa melupakan hasrat untuk balik beraya di Sabah kerana kini sedang sarat mengandung lapan bulan namun ibu bapa dan juga adik beradik beliau bakal turun ke Rengit, Johor untuk berhari raya. “Selama empat tahun itu juga saya tidak dapat balik raya. Ada balik tetapi bukan masa raya. Sepanjang raya memang tidak dapat balik. Aeril memang mahu ke Sabah cuma tiada kesempatan. Bagaimanapun, ibu bapa dan adik-adik selalu datang sini. Tahun ini, keluarga saya akan ikut sekali balik ke kampung Aeril di Johor,” ujar Wawa Zainal.