
Hanya berbekalkan RM15, seorang ibu nekad membawa dua anaknya menaiki
sebuah motosikal dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman di Tebrau,
Johor selepas mendakwa ditinggalkan suami.Difahamkan, Normaliza Mustafa, 36,
bersama suami dan dua anak lelaki Muhamad Shariz Daniel Abdullah, 11, dan
Muhamad Shafiz Daniel, 10, hidup sebagai gelandangan di ibu kota, sejak dua
tahun lalu.Bagaimanapun, suami yang berusia 37 tahun dikatakan menghilangkan
diri sebelum Ramadan lalu dan gagal dikesan sehingga kelmarin, menyebabkan dia
membuat keputusan membawa dua anak lelakinya itu pulang ke kampung untuk
memulakan kehidupan baru.Tiga beranak terbabit menaiki motosikal Honda Wave
menempuh perjalanan sejauh 90 kilometer melalui Sepang sebelum terpaksa
berhenti di Surau Al Hijrah Bandar Springhill dekat sini, selepas kehabisan
petrol dan tiada wang. - HM