Khamis, Julai 23, 2015

[Video] Sekeluarga Nyaris Maut Selepas Dirempuh Honda City Dari Arah Bertentangan



Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam ini, menunjukkan bagaimana sikap pemandu Honda City membawa dengan terlalu laju hingga hilang kawalan dan hampir saja meragut nyawa sebuah keluarga. Rakaman itu bertarikh 22 Julai baru-baru ini. Pada mulanya keluarga berkenaan yang menggunakan lorong kanan sedang memotong sebuah lori treler di Lebuhraya Gambang menuju ke Kuantan. Namun secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda City dari arah bertentangan dan terus merempuh masuk laluan mereka. Kejadian tersebut lantas mengejutkan kesemua ahli keluarga yang berada di dalam kereta itu dan terdengar jeritan, selain ucapan kalimah Allah dan istighfar. - Siakapkeli



1 Komentar:

Write Komentar
23/7/15 2:49 PTG delete

Assalammualaikum... NN,

seram gak tgk video nie... nyaris aje accident...

mselim3

Reply
avatar