Isnin, Julai 27, 2015

[Video] Ngeri Wanita Maut ‘Dibaham’ Eskalator; Sempat Tolak Anak



Seorang wanita di China menemui ajal dengan cara menyayat hati apabila ‘ditelan’ oleh eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya besar bersama anaknya.Kejadian ngeri itu dilaporkan berlaku di Jingzhou kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu sebelum rakaman video litar tertutup berkenaan dimuat naik ke laman Youtube.Menerusi klip berdurasi 0.35 saat itu, ia memaparkan mangsa dan anaknya menaiki eskalator tanpa gangguan teknikal sehinggalah tiba di tingkat seterusnya. Ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘membaham’ hidup-hidup wanita berkenaan. Lebih menyayat hati, naluri keibuan wanita itu jelas terpancar apabila dia terus menolak anaknya ke tempat selamat sebelum hilang dari pandangan. - Mynewshub