Jumaat, Julai 03, 2015

Video Layanan "Istimewa" Buat Rosmah Jadi Viral



Satu video yang memaparkan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan"istimewa" oleh seorang wanita, dipercayai seorang anggota polis telah menjadi viral di media sosial. Memetik laporan dari FMT, video itu diambil ketik Rosmah sedang menghadiri satu Malis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang berlangsung di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam pada Khamis lalu. Turut menghadiri majlis itu Najib Razak. Video yang berdurasi selama setengah minit itu memaparkan wanita terbabit memakaikan kasut ke kaki Datin Rosmah ketika beliau sedang berdiri di situ. Video ini kini menjadi viral di beberapa blog-blog dan forum di Malaysia selain mula mencuri perhatian di media sosial. - Siakapkeli



1 Komentar:

Write Komentar
4/7/15 4:47 PTG delete

Amboiiii hebatnyer dia :(

Reply
avatar