Isnin, Julai 13, 2015

[Video] Ketua Polis Negara Perjelas Insiden Sebenar Sebalik Pergaduhan Di Plaza Low Yat



Memetik laporan The Malaysian Insider, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata turut disiasat ialah seorang anggota polis yang dikatakan melepaskan rakan yang mengiringi suspek mencuri telefon berkenaan di mana telah menyebarkan cerita palsu mengenai kejadian itu."Tindakan anggota polis ini (melepaskan rakan suspek) tanpa merujuk pegawai kanan dia. Itu kita akan uruskan dia secara berasingan.



"Yang dibebaskan ini, balik buat cerita kata dia ditipu, ini diada-adakan, dan sebagainya. Dan ia digembar-gemburkan dalam media sosial.



"Dan antara yang membuat cerita yang tidak betul ini ialah Papagomo, dan beberapa orang lagi. Dan saya arahkan mereka semua ini ditangkap," katanya pada sidang media di Plaza Low Yat sewaktu melawat bangunan itu petang ini. - Siakapkeli