Selasa, Julai 14, 2015

[Video] Erra Fazira Tenangkan Anak Perempuan Norman Hakim Menangis!



Mungkin ramai yang dah tahu tentang kisah anak perempuan sulung Norman Hakim hasil perkongsian hidup bersama Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim pernah mengisi laman blog hiburan dan sosial tanah air beberapa minggu dahulu tentang kisah Muqaddam Papa! Nah, kali ini anak remaja yang ayu dan manis berhijab ini telah dijemput ke penggambaran Primadona Syawal bersama papanya, aktor Norman Hakim. Dalam kesempatan rakaman itu, kebetulan hari ulang tahun kelahiran Marissa yang jatuh pada hari yang sama turut diraikan! Apa yang menarik perhatian tentu sahaja air mata terharu yang tumpah lewat tubir matanya, dan aksi Erra Fazira menenangkan Marissa yang menampakkan sisi keibuan wanita itu yang jarang dapat dilihat oleh penonton! Nak tengok full version, saksikan Primadona Syawal 2015, Raya Pertama 9.00 pagi di Astro Prima.

video