Sabtu, Julai 04, 2015

Vic Zhou (F4) Bengang Kekasih Dituduh Hamil



Kisah cinta salah seorang ahli kumpulan F4 iaitu Vic Zhou dan Reen Yu masih lagi menjadi perhatian. Selepas dikhabarkan bakal berkahwin, aktres itu dikatakan hamil pula. Menurut laporan Toggle, Vic memberi penjelasan bahawa kekasihnya itu tidak hamil seperti yang diuar-uarkan dan dia bengang apabila berita tidak sahih itu disebarkan. "Saya pernah menghantar Reen ke klinik. Mungkin ketika itu paparazi mengekori kami dan mengandaikan dia hamil. "Sedangkan kami ke klinik untuk berjumpa pakar kulit. Bukan seperti yang diperkatakan. Saya terkilan dengan berita-berita yang disebarkan," katanya.