Rabu, Julai 29, 2015

Toyota Hilux Dihempap Iklan Gergasi



“Saya tergamam melihat sebuah papan iklan gergasi tumbang dan menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melalui di bawahnya,” kata saksi kejadian ribut yang mahu dikenali sebagai Farhan, 30. Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, dua lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki dihempap papan iklan akibat angin kencang di Kampung Baru Semenyih di sini, semalam.  Menurutnya, kejadian berlaku apabila angin kencang disusuli hujan lebat itu menyebabkan papan iklan setinggi lebih 20 meter jatuh lalu menghempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang diletakkan di tepi jalan. “Terdapat dua lelaki berada di dalam kenderaan itu. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan.“Dua lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius walaupun kereta itu remuk pada bahagian hadapan,” katanya. - Metro