Ahad, Julai 12, 2015

Terpaksa ‘Mengemis’ Minta Cuti Mahu Hantar Ibu Tunai Haji, Lelaki Ini Nekad Bekerja Sendiri



Menurut lelaki ini, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mula berniaga setelah permohonannya untuk meminta cuti dihalang majikan.

Antara hari yang buat saya sedar ialah hari ketika mak nak buat haji. Saya minta cuti dengan boss, sebab nak hantar mak ke Airport. Dia boleh-boleh macam ralat nak bagi. Alasan dia mudah, saya belum tetap. Tak layak dapat cuti lagi. Ketika itu, saya rasa seperti terpaksa mengemis untuk cuti. Dan peristiwa itu betul-betul buka mata saya.
Jelas lelaki ini, duit bukan sebab utama dirinya memulakan perniagaan sendiri tapi mahu meluangkan masa bersama orang yang tersayang.

Orang tanya saya, kenapa nak kerja sendiri. Semua orang kata sebab duit. Tidak sama sekali. Alasan yang paling tepat ialah saya ingin luangkan masa dengan orang yang saya sayang. Itu alasan utama saya. Impian saya, saya mahu kerja untuk hidup. Bukan hidup untuk kerja. Abah saya pergi tanpa saya sedia. Itu juga buat saya sedar, kau terlampau sibuk dengan dunia, pangkat, hingga kau lupa kau hidup untuk apa. Kau lupa nak rasa manisnya hidup kau. Soal rezeki itu, saya serah sebetulnya pada Allah. Saya percaya kalau niat baik, kita usaha, kita percaya Allah, Allah akan berikan hingga tak cukup tangan. Rezeki itu Allah yang beri. Jangan lupa, jangan takut. 

1 Komentar:

Write Komentar
12/7/15 12:52 PTG delete

Memang berniaga itu menimbulkan persepsi tidak berapa baik terutama dari kalangan keluarga makan gaji dan keluarga yang duduk di kampung.
Bagi mereka makan gaji terjamin masa depan.

Salam. Tuan.
Salam kenal dari haji , baru nak mula berblogging.
Mohon tunjuk ajar

Reply
avatar