Rabu, Julai 08, 2015

Tauke Kilang Ais Rugi RM1.46 Juta Selepas Terima Emel Dari "FBI"



Seorang tauke kilang ais rugi RM1.46 juta setelah ditipu oleh sindeket penipuan wang online yang menyamar sebagai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Mangsa yang berumur 62 berkata dia telah menerima satu email pada awal tahun ini dari "FBI" terbabit yang mendakwa dia berhak menerima GBP15.9 juta (RM94.16 juta) dari kerajaan Amerika. Untuk menerima wang tersebut, mangsa perlu dahulu mengikut arahan iaitu membuat pembayaran melalui beberapa bank tempatan sebagai syarat bagi "memproses serta memindah" dana itu yang didakwa memerlukan 51 pemindahan. Mangsa kemudian bertindak menurut arahan yang diberi dan memasukkan jumlah tertentu dalam beberapa peringkat ke beberapa akaun bank. Mangsa bagaimanapun mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila "FBI" itu senyap hampir sebulan. Mangsa kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Patani. Hasil dari laporan warga emas tersebut, polis berjaya membongkar sindiket penipuan wang online yang melibatkan lima warga Nigeria dan dua wanita tempatan. - Siakapkeli