Khamis, Julai 30, 2015

Tangan Bayi 1 Tahun ‘Dimakan’ Eskalator Di China



Selepas video seorang wanita maut ‘ditelan’ eskalator mendapat perhatian di seluruh dunia, kali ini tangan seorang bayi yang baru berusia 1 tahun pula menjadi mangsa eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah di Wuzhou, Guangxi.Menurut media tempatan, bayi tersebut dikatakan tersadung lalu terjatuh atas eskalator terbabit menyebabkan tangan kirinya terperusuk ke dalam jentera itu. Saksi menyatakan kemalangan berlaku akibat kecuaian nenek bayi itu sendiri dan bukanlah akibat kerosakan pada eskalator seperti penyebab sebelum ini.Pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian sejurus diberitahu. Tangan bayi itu kemudiannya berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital. Tangannya dikatakan patah akibat insiden berkenaan. - Mynewshub