Rabu, Julai 29, 2015

"Tak Masuk Akal Tak Ada Babak Intim & Bersentuhan Dalam Filem" - Datuk Normashayu



Tindakan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang menetapkan garis panduan serta larangan untuk babak intim dan juga bersentuhan menimbulkan reakasi berbaur. Berterus terang dengan perkara tersebut, Datuk Normashayu daripada produksi Pencil Pictures mempunyai pendapatnya sendiri. “Rasa tak masuk akal sebab nama pun filem, kalau kita tidak boleh memuatkan babak seperti ini, itu bukan namanya filem. Macam mana kita nak hasilkan filem kalau mesej yang nak disampaikan tak sampai kepada penonton” “Saya berfikiran positif dan tidak boleh nak lawan apa yang sudah ditetapkan. Kalau saya boleh lawan, saya akan lawan, tetapi memandangkan saya ini kerdil dalam industri, jadi saya ikut saja apa yang sudah ditetapkan,” katanya dipetik daripada Berita Harian. - Rotikaya