Khamis, Julai 23, 2015

Tahun Pertama Beraya Sebagai Isteri, Yana Samsudin Balik Kampung Fadzil Zahari



Tiada lebih bermakna apabila Yana Samsudin, 30, dan Fadzil Zahari, 32, beraya sebagai pasangan suami isteri. Jika tahun lalu sambutan lebih kepada diri sendiri dan keluarga masing-masing, tahun ini segalanya bertambah.Bagi Fadzil, penantian selama enam tahun berbaloi kerana akhirnya Yana sudi menjadi suri hatinya. Itu membuatkan dia lebih gembira dan teruja menyambut lebaran.“Sebelum ini saya mesti menziarah Yana di Yong Peng, Johor, tetapi hubungan kami sekadar kawan sahaja dan tiada apa yang istimewa.“Tahun ini, suasana dan sambutannya berbeza. Saya teruja kerana banyak perkara sudah boleh dilakukan bersama,” katanya.Sudah menetapkan giliran, tahun pertama beraya sebagai isteri, Yana pulang ke kampung suaminya di Kedah terlebih dahulu. - HM