Sabtu, Julai 11, 2015

Surat Terbuka Murid Sekolah Rendah Buat Najib Tentang GST Jadi Viral



Nampaknya, saban hari ada sahaja berita dan cerita tentang Perdana Menteri, Najib Razak. Kali ini surat seorang murid sekolah rendah yang nampaknya begitu terkesan dengan pelaksanaan GST. Surat berkenaan merupakan satu latihan yang diberikan oleh guru yang meminta para murid menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri berkenaan GST. Dan hasilnya hadirlah surat yang telah menjadi viral ini. Kalau ikutkan surat ini darpada seorang murid perempuan yang kehilangan ayah dan mempunyai adik-beradik yang ramai. Antara kandungan surat ini termasuklah keluhan anak kecil tersebut yang barangan keperluan saban hari semakin naik dan mereka sekeluarga tidak mampu untuk membelinya lagi! Menurut Awani, surat itu pada asalnya dimuat naik dalam suatu kumpulan tertutup yang dianggotai oleh guru, sebelum tersebar luas ke media sosial dan menjadi viral.