Sabtu, Julai 25, 2015

Selepas Gerabak LRT Terbakar; Ada Yang Dakwa Landasan MRT Pula Retak? Ikuti Penjelasan Sebenar!



Berikutan satu gambar landasan MRT Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) retak yang menjadi viral baru-baru ini, pihak MRT tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut. Memetik laporan dari Bernama, MRT Corp memberitahu garisan tebal yang kelihatan seolah-olah seperti keretakan itu sebenarnya hasil dari jahitan dua helai jaring yang menutupi landasan terbabit. Kata Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhuhungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak, jaring itu diletakkan sebagai langkah berjaga-jaga kerana kerja-kerja pembinaan masih lagi dijalankan di landasan terbabit. "Garisan tebal itu sebenarnya adalah sambungan dua helai jaring yang dijahit bersama. Ia bukan retakan pada konkrit di landasan itu seperti yang dibincangkan dalam media sosial," katanya. Tambah Mahmood lagi, pengguna tidak perlu bimbang apabila memandu dibawah landasan tersebut. "Saya menasihatkan orang ramai tidak mempercayai dakwaan seperti yang disebarkan melalui media sosial berhubung perkara ini dan pemandu tidak harus memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat ketika melalui LDP di lokasi itu," katanya. - Siakapkeli