Khamis, Julai 09, 2015

Raja Farah Terkilan Dituduh Gagal Beri Zuriat Punca Cerai



Pelakon Raja Farah terkilan apabila segelintir pihak masih menyalahkan dirinya dengan menganggap ketiadaan anak sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, berkata, perkara tersebut bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman. "Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak. "Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi," ujarnya kepada mStar Online.