
"Biar betul...murah sangat kuih awak jual?" Itu reaksi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak apabila diberitahu enam keping kuih lopes dan
lapan keping cucur udang hanya berharga RM4. Penjual kuih itu
Razali Abdul Latip, 58, berkata perdana menteri yang mengunjungi bazar
Ramadan Bandar Dara Chini di sini hari ini, bertanyakan soalan sama
sebanyak dua kali kerana mahukan kepastian mengenai harga kuih tersebut. "Saya terangkan pada beliau bahawa kuih lopes ini tiga keping untuk RM1 manakala cucur udang RM1 boleh dapat empat keping. "Pada awalnya beliau mengambil tiga sahaja cucur udang, tapi bila sudah
diberitahu harganya terus perdana menteri cukupkan RM2... Itu pun
beliau masih kata terlalu murah," katanya kepada Bernama semasa ditemui di bazar berkenaan.