Jumaat, Julai 03, 2015

Perniagaan Siti Nurhaliza Terjejas Ekoran Ekonomi Negara Kurang Stabil



Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui ketidakstabilan ekonomi negara sejak akhir-akhir ini turut memberi kesan terhadap dirinya terutama dalam bidang perniagaan. Siti berkata, sebagai orang yang menguruskan produk kecantikan Simplysiti dan fesyen iaitu Kallista, dua perniagaan tersebut sedikit terganggu memandangkan pembeli perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan. "Diakui, saya terasa dengan ekonomi yang tidak menentu lebih-lebih lagi dalam perniagaan. "Sudah tiba masanya kita perlu berjimat cermat dalam segala hal. Kurangkan perbelanjaan yang melibatkan kehendak diri agar kita tidak terbeban dengan perkara lain," katanya kepada mStar Online.

1 Komentar:

Write Komentar
3/7/15 1:56 PTG delete

semua orang terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi sekarang ni...

Reply
avatar