Ahad, Julai 26, 2015

Nur Sajat Dari Lelaki Kepada Perempuan!; Jangan Salah Masuk Ruang Solat Masjid!



Tak tahu menahu pula tentang kes ini. Khabarnya individu yang dikenali sebagai Nur Sajat ini popular sejak April lepas apabila ada pihak yang menyebarkan gambar kad pengenalannya yang tertera nama seorang lelaki walhal gambar pada MyKad itu menyerupai wajah seorang perempuan. Terkini, 2 minggu sebelum lebaran Nur Sajat dilaprkan mengalami kemalangan jalan raya dan lebih 40K pengikut instagramnya ada di antara followers itu yang menasihati Nur Sajat untuk kembali kepada fitrah kejadian asalnya sebagai seorang lelaki. Apa yang mengejutkan selepas kemalangan itu Nur Sajat tampil dengan imej berhijab sekali gus mengundang persepsi yang pelbagai daripada masyarakat. Biarpun ibu Sajat berat hati tetapi tetap menyokong dan menerima perubahan anaknya itu kerana tidak mahu Sajat hilang dan tidak pulang ke pangkuan keluarga. Bercerita tentang perubahan anak lelakinya itu, Sajat berubah sejak zaman sekolah lagi apabila mula menyuntik hormon seawal umur 14 tahun, di samping sering bermain dengan alat solek dan memakai kasut tumit tinggi milik emaknya ketika wanita itu tidur.Apapun, sebagai orang luar masyarakat seharusnya perlu menjaga tutur kata dan janganlah melempar keji dan nista. Dan sebagai seorang yang beragama Islam apa jua alasannya hukumnya tetap haram untuk menukar bentuk rupa kejadian Allah, apatah lagi merubah jantina dan menyerupai wanita, kerana boleh mengundang laknat Allah. Moga dibuka hati dan minda diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah kejadian... - Cerita Malay World